29 Jun 2012

MARILAH KITA MENGIMARAHKAN MASJID

Salam,


Saban tahun, ahli kariah kita bertukar ganti. Bagi yang uzur, kami lambaikan salam dan menziarahi. Bagi yang baru berjinak dengan jemaah, kami sambut dengan salam tanda ukhwah. Ini resam hidup berjemaah. Yang tua kita hormati, yang muda kita rai. 

Namun, tidak semua mahu hidup berjemaah. Ada yang lebih selesa sembahyang sendirian di rumah dan ada juga yang menganggap masjid sebagai tempat 'orang pencen' sahaja. 

Memupuk sayang pada masjid memerlukan masa. Masjid Ittifaqiyah, Taman Sri Gombak berharap melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan, aktiviti sepanjang Ramadhan dan aktiviti-aktiviti lain, masyarakat berubah melihat masjid sebagai tempat bagi mereka berukhwah disamping menimba ilmu dalam memperbaiki diri.


Pihak Ahli Jawatankuasa masjid membuka pintu untuk sebarang maklumbalas penambaikan. Semoga amalan kita di dunia meluaskan pintu kita ke syurga.